Pemilik lori yang sebelum ini tular membakar kenderaannya bagi mengelak disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang tugas penjawat awam.